Jumaat, 17 Ogos 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1433/2012

CUEPACS : WPKL/01/10/10 Klt. 2 ( ) 15 Ogos 2012

Semua Setiausaha

Kesatuan Gabungan CUEPACS

Saudara / Saudari,

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1433/2012

Saya adalah merujuk kepada perkara di atas.

2. CUEPACS Bahagian WPKL akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1433/2012 pada seperti berikut :-

Tarikh : 07 September 2012 [ Jumaat ]

Masa : 08.00 malam

Tempat : Dewan Wawasan

Tingkat 4, Tower 1, Menara PGRM

Kuala Lumpur

Bayaran :RM60.00 /seorang ( RM600.00/meja)

3. Sehubungan dengan itu CUEPACS Bahagian WPKL menjemput kesatuan saudara / saudari untuk turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Bayaran boleh dibayar tunai atau cek atas nama “CUEPACS WPKL”.

4. Sila sahkan kehadiran dan kembalikan format pengesahan penyertaan tidak lewat 3 September 2012 untuk urusan tempahan makanan.

Sekian, terima kasih.

“ 1MALAYSIA”

“ PEKERJA BERILMU MENJANA TRANSFORMASI NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

( JA’APAR MANSOR, KMW, AMW, PPN )

Pengerusi

CUEPACS Bahagian WPKL

s.k. Dato’ Haji Omar Haji Osman

Presiden CUEPACS

BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN

Pengerusi / Setiausaha

CUEPACS Bahagian WPKL

Wisma CUEPACS, No. 34A,

Jalan Gajah Off jalan Yew, Pudu

55100 Kuala Lumpur

[Tel: 03-92856110 / Fax: 03-92859457 & 03- 92817800 ]

Saudari,

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2011 ANJURAN CUEPACS BAHAGIAN WPKL

Adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya akan menghantar ________orang Jawatankuasa Bahagian untuk Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran CUEPACS Bahagian WPKL pada 07 September 2012 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Wawasan, Tingkat 4, Tower 1, Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur. Bersama ini disertakan senarai kehadiran dan bayaran sebanyak RM ____________ untuk majlis tersebut.

_________________

Tandatangan Tarikh

( Nama: )

Kesatuan: