Jumaat, 28 Disember 2012
HARAPAN BARU KAKITANGAN AWAM
o Sidang Akhbar CUEPACS 27.12.2012.
• K/Tangan kontrak dapat lanjutan 6 bulan.
• Pertukaran kakitangan bergaji kurang RM3000 dicadangkan berkisar 20km dari pejabat asal.
• Mencadangkan AES dikaji semula ( pemandu k/tangan awam 30000: ada yang teraniyaya kena bayar sendiri saman kerana bos arahkan pandu laju).
• Dukacita System HRMIS selepas 3 tahun masih belum lancar, mohon kerajaan menyemak semula.
• Meminta kerajaan mengumumkan penganti SBPA menjelang tahun 2013.
• Menyumbang RM10000 ke Gaza.—
o Juga dicadangkan
Cuti tanpa rekod menjaga keluarga sakit,
Kebenaran menggunakan duit imbuhan pencen untuk umrah @ haji, bayar/potong dengan imbuhan pencen semasa pencen atau guna duit EPF
Jumaat, 9 November 2012
SEMUA PEGAWAI DAN WAKIL CUEPACS WPKL
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi CUEPACS Bahagian WPKL
Isnin, 29 Oktober 2012
Mesyuarat Jawatankuasa CUEPACS Bahagian WPKL Bil. 12/2012
Tarikh : 31 Oktober 2012 ( Rabu)
- Perkara Berbangkit
- Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan
- Aktiviti CUEPACS WPKL
* Semua Kesatuan Gabungan yang berdaftar di W. Persekutuan di minta menghantar 2 orang wakil.
Isnin, 3 September 2012
Mesyuarat Jawatankuasa Khas CUEPACS Bahagian WPKL
Tarikh : 04 September 2012 ( Selasa)
* Semua Kesatuan Gabungan yang berdaftar di W. Persekutuan di minta menghantar 2 orang wakil.
Jumaat, 17 Ogos 2012
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1433/2012
CUEPACS : WPKL/01/10/10 Klt. 2 ( ) 15 Ogos 2012
Semua Setiausaha
Kesatuan Gabungan CUEPACS
Saudara / Saudari,
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1433/2012
Saya adalah merujuk kepada perkara di atas.
2. CUEPACS Bahagian WPKL akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1433/2012 pada seperti berikut :-
Tarikh : 07 September 2012 [ Jumaat ]
Masa : 08.00 malam
Tempat : Dewan Wawasan
Tingkat 4, Tower 1, Menara PGRM
Kuala Lumpur
Bayaran :RM60.00 /seorang ( RM600.00/meja)
3. Sehubungan dengan itu CUEPACS Bahagian WPKL menjemput kesatuan saudara / saudari untuk turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Bayaran boleh dibayar tunai atau cek atas nama “CUEPACS WPKL”.
4. Sila sahkan kehadiran dan kembalikan format pengesahan penyertaan tidak lewat 3 September 2012 untuk urusan tempahan makanan.
Sekian, terima kasih.
“ 1MALAYSIA”
“ PEKERJA BERILMU MENJANA TRANSFORMASI NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
( JA’APAR MANSOR, KMW, AMW, PPN )
Pengerusi
CUEPACS Bahagian WPKL
s.k. Dato’ Haji Omar Haji Osman
Presiden CUEPACS
BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN
Pengerusi / Setiausaha
CUEPACS Bahagian WPKL
Wisma CUEPACS, No. 34A,
Jalan Gajah Off jalan Yew, Pudu
55100 Kuala Lumpur
[Tel: 03-92856110 / Fax: 03-92859457 & 03- 92817800 ]
Saudari,
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2011 ANJURAN CUEPACS BAHAGIAN WPKL
Adalah saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Saya akan menghantar ________orang Jawatankuasa Bahagian untuk Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran CUEPACS Bahagian WPKL pada 07 September 2012 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Wawasan, Tingkat 4, Tower 1, Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur. Bersama ini disertakan senarai kehadiran dan bayaran sebanyak RM ____________ untuk majlis tersebut.
_________________
Tandatangan Tarikh
( Nama: )
Kesatuan: