Berita Harian
15/2/2010
KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 kakitangan sektor awam kumpulan sokongan tidak akan melakukan kerja lebih masa bermula minggu depan kerana mendakwa elaun kerja lebih masa mereka kini digantikan dengan cuti rehat. Sambil menyifatkan ia bukan ugutan, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kesatuan juga tidak membuat dakwaan 'kosong' sebaliknya menerima banyak aduan sejak tiga bulan lalu. Omar berkata, walaupun cuti rehat itu salah satu usaha jabatan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, langkah berkenaan boleh memberi kesan negatif bukan saja kepada kakitangan awam terbabit, malah boleh menjejaskan sistem penyampaian kerajaan.
Beliau mendakwa aduan diterimanya daripada ahli kesatuan mendapati lebih 40 jabatan sudah tidak membayar elaun lebih masa sejak tiga bulan lalu, sebaliknya menggalakkan mereka menggantikannya dengan cuti rehat. "Bukan itu saja, Cuepacs juga menerima aduan daripada ahli bahawa pekerja yang enggan melakukan kerja lebih masa diugut ketua jabatan masing-masing akan dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan. "Kita melihat tindakan ini amat keterlaluan. Anggota sektor awam sentiasa berdedikasi untuk berkhidmat tetapi pada masa sama, pendapatan (bayaran lebih masa) mereka tidak seharusnya disekat kerana mereka bukannya berpendapatan tinggi.
"Kongres Cuepacs akan diadakan 25 Februari ini bagi membincangkan isu pembayaran kerja lebih masa," katanya ketika dihubungi, semalam. Minggu lalu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berkata kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi menghalang pembayaran elaun lebih masa kepada jabatan kerajaan.

15 Februari 2010
MENGHARGAI PENGORBANAN ANGGOTA POLIS
Utusan Malaysia
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
15/02/2010
Kes-kes yang dilaporkan di akhbar menunjukkan bahawa pihak yang paling menjadi tumpuan adalah pihak polis dan jika kita membuka radio atau TV setiap kali berita disiarkan, perkataan yang paling banyak disebut adalah polis. Sama ada kes bunuh, kes menghina institusi raja atau kes mencemarkan rumah ibadat agama lain menunjukkan pasukan polis masih merupakan pihak berkuasa yang perlu diberi lebih penghormatan. Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Musa Hassan bersama anggota-anggota bawahan berusaha dengan gigih untuk mengurangkan jenayah indeks akibat kebanjiran pendatang asing dan kemelesetan ekonomi dunia. Kenaikan gaji hanyalah sedikit penghargaan hasil pengorbanan anggota polis dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam.
Pasukan polis bertindak menjaga keamanan negara ini sejak 25 Mac 1807 apabila Piagam Keadilan 1807 British (Charter of Justice 1807) pasukan polis moden pertama ditubuhkan di negeri selat iaitu di Pulau Pinang. Sejak itu pasukan polis yang kemudiannya dikenali sebagai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tanggal 24 Julai 1958 terus berkembang pesat. Pasukan polis kita antara pasukan polis terbaik di dunia dari segi kemodenan dan penyelesaian kes yang dilaporkan oleh pengadu. Kes-kes jenayah sememangnya menjadi harapan semua pihak yang cintakan keamanan tidak akan berlaku, namun dengan kemasukan beramai-ramai pendatang asing tanpa izin, kes-kes jenayah terus berlaku atas faktor meneruskan kelangsungan hidup.
Kes dadah yang kini semakin canggih modus operandi pengedarannya memberi cabaran besar kepada pihak polis. Ia memerlukan pihak PDRM untuk terus terkehadapan dalam meningkatkan kaedah penyiasatan dan pengesanan. Sebagai sebuah organisasi yang terancang, pasukan polis mempunyai bidang tugas tersendiri melalui cawangan jabatan siasatan yang dikhususkan.
Cawangan D7 dan lain- lain cawangan dalam PDRM bergiat cergas menghapuskan maksiat, judi haram dan kongsi gelap dan inilah cabaran utama pasukan polis di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Bukit Aman berdiri megah menempatkan lokasi ibu pejabat PDRM yang terletak di tengah nadi bandar raya Kuala Lumpur sentiasa bersedia membasmi jenayah hingga ke akar umbi. Dengan kekuatan kira-kira 1,000 balai polis di seluruh negara, pasukan polis bertindak menjaga keamanan setempat 24 jam.
Perlu diingat tugas anggota polis bukan semudah menerima laporan kerana jika ada unsur jenayah yang bersifat perlu tindakan segera, maka laporan itu perlu disahkan terlebih dahulu sebelum siasatan lanjut dilakukan. Terdapat beberapa kes kebelakangan ini yang menunjukkan ada individu tergamak membuat laporan palsu kerana ingin melepaskan diri daripada menunaikan tanggungjawab mereka. Kes laporan palsu oleh bakal pengantin yang mendakwa dirinya dirompak sehingga wang kahwinnya lesap menunjukkan bahawa tugas polis bukan semudah menerima laporan kerana setiap pengadu juga berpotensi membuat jenayah iaitu menipu.
Kisah polis yang terlibat dengan gejala rasuah tidak boleh dikaitkan dengan semua anggota polis kerana dalam setandan pisang hanya sebiji dua sahaja yang busuk. Pasukan polis adalah semulia-mulia tugas yang diberkati oleh Allah SWT kerana sanggup menjaga keamanan walau nyawa menjadi galang ganti. Pihak polis adakala menghadapi masalah apabila ia dituduh dengan berbagai gelaran yang tidak enak didengar, sedangkan pihak yang menuduh tetap memerlukan polis untuk menjaga keamanan keluarga dan dirinya.
Pengorbanan nyawa polis dalam menyahut seruan negara menjaga keamanan adakala tidak dihargai oleh pihak tertentu, di mana lebih ramai mempersoalkan mengapa penjenayah ditembak mati lebih daripada kehilangan nyawa pihak polis akibat membanteras jenayah.
Provokasi terhadap pihak polis dalam perhimpunan pertubuhan tertentu yang tidak mendapat permit sepatutnya tidak dilakukan kerana ia adalah satu kesalahan iaitu mengganggu penjawat awam. Perbuatan ini biasanya dilakukan oleh perusuh-perusuh yang bersikap menggunakan 'undang-undang rimba' demi memperjuangkan misi dan visi mereka. Sikap hormat kepada pihak polis diketepikan dan ini yang menyedihkan kerana pengorbanan pasukan beruniform ini langsung tidak dihargai. Pihak polis bersengkang mata 24 jam sehari menjaga keamanan dan ini faktor membolehkan kita boleh mencari rezeki dan pelabur-pelabur asing berduyun-duyun masuk ke negara kita.
Samseng jalanan juga selalu bersikap biadap merempit tanpa mempedulikan keselamatan diri dan pihak polis sendiri. Ada yang sanggup merempuh sekatan jalan raya dan melanggar polis trafik. Polis dilihat sebagai musuh, sedangkan perbuatan mereka mengganggu aliran trafik lebih mendatangkan bahaya jika tidak dibendung.
Justeru, pasukan polis perlu lebih dihormati dari saat ini. Bayangkan apa akan jadi kepada Kuala Lumpur yang baru menyambut Hari Wilayah jika pasukan polis gagal memantau keamanan bandar raya kita. Persepsi buruk kepada polis tidak boleh dikaburi dengan komen-komen nakal di dunia siber dan juga oleh pemimpin-pemimpin politik yang cuba menegakkan benang yang basah. Polis juga berubah seiring dengan masa dan tuntutan teknologi. Kini, khidmat komuniti polis dan orang ramai semakin popular dan menunjukkan iltizam KPN yang ingin masyarakat, media dan orang ramai bekerjasama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan