10:26AM Feb 1, 2012
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhirnya akur dengan tuntutan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dengan melantik tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu menganggotai pasukan petugas khas semakan semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Beliau dipetik Bernama sebagai berkata tidak ada masalah jika mereka hendak menyertai pasukan itu kerana memang menjadi hasrat kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak untuk mendengar pandangan pihak lain yang terlibat.
"Tiada masalah kerana kalau tidak terima mereka sekarang, nanti kita kena menyakinkan mereka juga, lebih baik libatkan mereka dari awal," katanya.
Isnin lalu CUEPACS mengancam menarik diri daripada pasukan petugas khas semakan semula itu jika tiga lagi wakilnya tidak dilantik.
Sebaliknya, presidennya, Datuk Omar Osman berkata mereka akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindaknya sendiri bagi menyediakan kertas kerja komprehensif berhubung penambahbaikan skim berkenaan.
Jawatankuasa yang diketuai Timbalan Presiden CUEPACS I, Azih Muda itu diberi tanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja berkenaan dalam tempoh tiga minggu sebelum diserahkan kepada perdana menteri.
Tiga pemimpin kanan CUEPACS yang dicadang menganggotai pasukan itu ialah Azih Muda, Setiausaha Agung Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan Jaapar Mansor.

1 ulasan:
Salam Tuan,
Bila Cuepacs buat semakan SBPA tolong jangan lupa lihat sama amaun dan perbezaan Kadar Imbuhan yang akan diterima oleh semua Gred.
Kalau berdasarkan Gred SSM:
1) Kumpulan Sokongan:
Gred 29 - 38 dapat RM340.00
- kenapa semua gred sama
2) Kumpulan Pengurusan
Gred 41 dapat RM550.00
Gred 44 dapat RM800.00
Gred 48 dapat RM1250.00
Gred 52 dapat RM1300.00
Gred 54 dapat RM1700.00
- Apa justifikasi kumpulan ini
menerima amaun yang berbeza mengikut gred.
- Kenapa tiada keseragaman dalam perbezaan amaun antara gred-gred tersebut.
Harap wakil2 Cuepacs dalam membina semula SBPA dapat menarik perhatian kepada situasi ini.
Sekian daripada
Warisan
Catat Ulasan