Rabu, 30 Oktober 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA CUEPACS WPKL BIL 2(2013-2016)




Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa jawatankuasa CUEPACS Bahagian Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat tersebut pada butiran berikut:
               
                                Tarikh      :  12 November 2013 (Selasa)
                                Masa       :  5.30 petang
                                Tempat    :  Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Wisma CUEPACS
Agenda    : 
01            Ucapan Pengerusi
02            Pengesahan Minit Mesyuarat J/K CUEPACS WPKL
                Bil. 1/( 2013-2016 )
03            Perkara Berbangkit
04            Aktiviti CUEPACS WPKL
05            Hal-hal lain
06            Penangguhan Mesyuarat

3.             Kehadiran sdr / sdri amatlah diperlukan dan dihargai bagi menjayakan mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih.


“INTERGRITI KUNCI PEMBANGUNAN NEGARA”
“CUEPACS KITA TANGGUNGJAWAB KITA”

Yang menjalankan tugas
 
(BOOVANESUWARI A/P SENATHI RAJAH )
Setiausaha CUEPACS
Bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Isnin, 8 Julai 2013

MELANCUNG KE TOKYO DISNEYLAND...

Lets go to Tokyo Disneyland... 23 - 27 April 2014
(Julai 2013 exchange rate: RM1.00 = Y31.2785)
* Ueno (Bunga Sakura,Museum), Akihabara (Pekan Barangan Elektrik), Ginza (Shoping), Pusat Islam (mesjid) dll..,
1, Tiket K.Terbang ke Haneda Airport RM1,150.00
2. Tiket 1 Hari Tokyo Disneyland  RM200.00
3. Hotel 3 malam (Range RM93 -RM135)
RM285.00
4. Transport (RM75x4hari)
RM300.00
5.  Makan (RM120x4hari)
RM480.00
JUMLAH RM2,415.00
*nota: jumlah ini adalah jangkaan perbelanjaan asas sahaja berkemungkinan akan berubah dari masa kesemasa, Untuk membeli-belah ikut jangkaan sendiri...

Penempahan tiket k.terbang boleh dibuat sendiri atau berkumpulan. Sila maklumkan kepada penganjur selepas menempah tiket untuk penempahan Hotel/Dome oleh Penganjur.

Permbayaran Hotel/Dome bergantung kepada tempahan, jika hotel memerlukan deposit peserta perlu membayar awal kepada penganjur.

Di Tokyo, Transport dan Makanan adalah belian secara peribadi. Digalakan membawa makanan ringan sendiri. Semua perbelanjaan adalah dibawah kawalan sendiri (peribadi).

Anda boleh  mula menabung dari sekarang...tetapi perbelanjaan tiket dan hotel perlu disediakan lebih awal...(untuk tempahan awal)

Sila hubungi Setiausaha CUEPACS WPKL

Jumaat, 21 Jun 2013

KR1M perkukuh dana KPA1M, manfaat kepada ahli

 


Hasan Malik menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) Presint 16 kepada Omar Osman (depan, tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings, Datuk Ameer Ali Mydin (tiga dari kanan) di Putrajaya, semalam. - BERNAMA
PUTRAJAYA 19 Jun - Penyerahan dua buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia (KPA1M) dilihat mampu memberi manfaat besar kepada ahli koperasi tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malik berkata, kedai itu bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi dana koperasi itu tetapi juga memberi peluang kepada penjawat awam dan orang ramai membeli barangan keperluan pada harga murah.
"Penyerahan KR1M di Presint 16 merupakan yang kedua selepas KR1M Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur kepada KPA1M yang ditubuhkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
"Saya difahamkan kedua-dua kedai terbabit telah menjana pendapatan antara RM10,000 hingga RM12,000 sehari sejak ia diserahkan kepada KPA1M awal bulan lalu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan KR1M kepada KPA1M di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Sehubungan itu, Hasan berkata, sokongan penjawat awam amat penting agar usaha murni CUEPACS itu dapat diteruskan dengan pembukaan tiga lagi outlet KR1M.
"Pada sambutan Hari Pekerja 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lima buah KR1M akan diserahkan kepada koperasi.
"Tiga lagi lokasi KR1M itu akan ditentukan berdasarkan permintaan ahli koperasi dan penjawat awam," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130620/dn_21/KR1M-perkukuh-dana-KPA1M,-manfaat-kepada-ahli#ixzz2WnoYih8W
© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 21 Mei 2013

Notis Mesyuarat Persidangan Perwakilan CUEPACS Bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sesi 2013-2016




Notis Mesyuarat Persidangan Perwakilan CUEPACS Bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sesi 2013-2016

Dengan ini notis diberi bahawa Majlis Persidangan Perwakilan Tritahunan CUEPACS Bahagian Wilayah Persekutuan  Sesi 2013-2016 akan diadakan pada 14 Jun 2013
(JUMAAT) jam 2.45 petang  bertempat di Hotel International Kuala Lumpur ( KLIH )

Aturcara
2.45 petang      Pendaftaran.
3.00 petang      Ketibaan Presiden CUEPACS.
3.10 petang      Ucapan Pengerusi CUEPACS Bahagian Wilayah Persekutuan
                        Kuala Lumpur.
3.20 petang      Ucapan Perasmian oleh Sdr. Presiden CUEPACS.
3.40 petang      Permulaan Mesyuarat Persidangan Perwakilan.

Agenda Persidangan
1.                   Melantik Setiausaha Persidangan.
2.                   Melantik 3 orang Ahli Jawantankuasa Tauliah.
3.                   Melantik 3 orang Ahli Jawatankuasa Tetap.
4.               Melantik 3 orang Ahli Jemaah Pemeriksa dan Pengira Undi bagi Sesi 2013-2016.
5.                   Mengesahkan Minit Mesyuarat Persidangan Perwakilan Tritahunan pada  
                  29 Mei  2010 di Megapuri DBKL
6.                   Perkara-perkara berbangkit.
7.                   Membentang dan meluluskan Laporan Tritahunan bagi tempoh 1 April 2010
                  hingga  31 Mac 2013.
8.                   Mempertimbangkan dan menerima Laporan Kewangan bagi tempoh 1 Apr 2010
                  hingga 31 Mac 2013.
9.                   Mempertimbangkan dan menerima Anggaran  Pendapatan dan Perbelanjaan bagi
                  tempoh 1 April 2013 hingga 31 Mac 2016.
10.               Usul-usul (Jika ada)
11.               Pemilihan Jawatankuasa CUEPACS Bahagian WP Kuala Lumpur
                  bagi  Sesi 2013/2016 mengikut Peraturan 20.4 adalah seperti berikut:
1          Pengerusi
 1          Naib Pengerusi
             1          Setiausaha
            1          Penolong Setiausaha
             1          Bendahari
            1          Pegawai Pelajaran
         



 dan sekurang-kurangnya seorang wakil dari tiap-tiap kesatuan atau cawangan kesatuan yang  
 hadir dalam Persidangan Perwakilan Tritahunan

13.  Ucapan penangguhan.


“ PEKERJA BERKUALITI NEGARA DIHORMATI ”
“KEBAJIKAN DIUTAMAKAN, PRODUKTIVITI DITINGKATKAN”

Untuk dan bagi pihak Jawatankuasa CUEPACS Bahagian Wilayah Persekutuan KL.


Yang menjalankan tugas,



S.k     i.   Yg Bhg Dato’ Hj Omar Bin Osman,DBNS.,PPN.,ANS,  Presiden CUEPACS
          ii.  Sdri. Lok Yim Pheng ,KMN.,AMP.,PJK Setiausaha Agung CUEPACS.
           iii   Ja’apar  B. Mansor, KMW, AMW, PPN Pengerusi CUEPACS Bahagian WPKL. 
          iv. Semua AJK CUEPACS Bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Rabu, 9 Januari 2013

SKUAD PENGGUNA: Ahli CUEPACS jadi 'mata telinga' KPDNKK: Metro 9. Jan. 2013


Skuad Pengguna

Oleh Hayati Ibrahim
Putrajaya: Seramai 10,500 ahli Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bakal menjadi ‘mata dan telinga’ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas dilantik sebagai ahli Skuad Pengguna.
Skuad Pengguna adalah pertubuhan sukarelawan yang diwujudkan untuk memperkasa pengguna di pasaran dan menggalakkan amalan perniagaan baik dalam kalangan peniaga.

Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Rohani Abdul Karim berkata, ketika ini terdapat 80,000 ahli sudah berdaftar dan penyertaan CUEPACS akan memperhebatkan lagi skuad itu sekali gus membantu kerajaan mendapatkan maklum balas dan maklumat mengenai isu kepenggunaan di seluruh negara.
Katanya, kerjasama dengan CUEPACS dianggap satu platform terbaik kerana pertubuhan itu mempunyai 1.4 juta ahli yang boleh memainkan peranan secara langsung mengenai isu kepenggunaan sekali gus memulakan satu disiplin di mana kerajaan tidak perlu banyak campur tangan dalam isu berkaitan pengguna dan peniaga kerana mereka akan mengawalselia sendiri.

“Sekarang ini kalau ada apa-apa (berkaitan isu pengguna dan peniaga) kerajaan kena ambil tindakan, kita ingin mengurangkan campur tangan kerana di kebanyakan negara maju, pengguna dan peniaga sentiasa memantau antara satu sama lain, pegawai penguatkuasa pun tidak ada malah pengguna sendiri yang menjadi penguatkuasa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada ahli CUEPACS bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman.

KSN: 2013 kajian kenaikan gaji PA 5%

http://beritasemasa.com/gaji-kakitangan-awam-2013-kgt

Selasa, 1 Januari 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Khas CUEPACS WPKL


Tarikh :   02 Januari 2013 (Rabu)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Wisma CUEPACS
Agenda:-
- Ucapan Pengerusi
- Perhimpunan Skuad Pengguna
- Hal-hal lain
Semua Pegawai Utama dan Wakil Kesatuan gabungan dipersilakan hadir.

* Semua Kesatuan Gabungan yang berdaftar di W. Persekutuan di minta menghantar 2 orang wakil.