Selasa, 28 September 2010

CUEPACS MINTA KAJIAN SEMULA GRED ANGGOTA KASTAM

Bernama
27/9/2010



KUANTAN, 27 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji semula anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) agar sepadan dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Presidennya Omar Osman berkata seperti mana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan katan Tentera Malaysia (ATM), Kastam khususnya anggota penguatkuasa juga berdepan risiko keselamatan ketika menjalankan tugas. "Perkara ini telah disampaikan secara lisan kepada JPA dan maklum balas yang diterima adalah positif," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, yang dilakukan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, di sini malam tadi.

Omar berkata buat masa ini perjawatan KDRM menyamai jabatan dan agensi kerajaan lain daripada segi pengambilan pegawai yang memerlukan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Ini berbeza dengan PDRM, ATM dan profesion perguruan yang memerlukan kelayakan ijazah sarjana muda untuk jawatan itu serta tangga gaji dan faedah lain yang diterima oleh mereka," katanya. Katanya kelayakan untuk pengambilan pegawai KDRM juga adalah setaraf dengan jawatan tukang masak dan kerani yang telah dinaikkan ke Gred 17, iaitu menggunakan SPM bukan lagi Penilaian Menengah Rendah. -- BERNAMA

_______________________________________________________________________

Rabu, 22 September 2010

Pemilihan: Kontrak Cuepacs presiden disambung, pendiriannya penentu saingan

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemilihan-kontrak-cuepacs-presiden-disambung-pendiriannya-penentu-saingan/
September 22, 2010

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), badan induk kesatuan perkhidmatan kerajaan, dijangka bakal berhadapan dengan saingan sengit pemilihan yang dijadual untuk dilangsungkan hujung tahun ini.

Dua badan induk kesatuan sekerja negara ini akan mengadakan pemilihan sekitar Disember. Selain Cuepacs, turut akan mengadakan pemilihan ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang akan menyaksikan kekosongan kerusi setiausaha agung.

Tumpuan kini beralih sama ada Omar Osman yang memimpin Cuepacs sejak empat tahun lalu akan mempertahankan kedudukannya.

The Malaysian Insider difahamkan Omar akan mengumumkan pendirian beliau pada 8 Oktober ini. Cuepacs yang terdiri daripada 120 anggota gabungan mewakili 300,000 kakitangan awam akan mengadakan mesyuarat kongres pada 8 Oktober.

Omar, 58, telah disambung perkhidmatan beliau awal minggu ini.

Difahamkan kontrak perkhidmatan staf Universiti Putra Malaysia ini disambung, dipercayai enam bulan lagi.

Cuepacs akan mengadakan mesyuarat majlis kongres 8 Oktober ini bagi membincangkan tarikh pemilihan yang bakal diadakan sempena persidangan perwakilan tiga tahun sekali.

“Saya akan membuat pengumuman sama ada bertanding atau tidak pada 8 Oktober ini... jika anggota gabungan mahu saya bertanding, saya akan bertanding, saya serah kepada mereka meskipun saya menerima sokongan ketua jabatan dan ketua pengarah perkhidmatan awam agar perkhidmatan saya disambung.

“Saya tidak tahu sama ada akan dipilih semula atau tidak, terpulang kepada perwakilan. jika saya dipilih semula, saya akan meneruskan khidmat sebagai presiden (Cuepacs),” kata beliau yang merujuk kepada sokongan perkhidmatan awam meneruskan tempoh khidmat dalam kerajaan.

Justeru, keputusan Omar dijangka akan menjadi penentu sama ada jawatan itu akan kosong presiden ataupun sebaliknya.

Jika Omar mengosongkan kedudukan itu kerusi tersebut kemungkinan akan menjadi saingan antara dua timbalan presiden masing-masing Aziz Muda dan Husin Mohd Yasin serta Setiausaha Agung Ahmad Shah Mohd Zin.

Aziz, Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan (Anulae) ketika dihubungi mengakui memang ada hasrat untuk bertanding jawatan presiden.

“Bagaimanapun jika Omar masih mahu bertanding, saya akan beri beliau laluan,” kata pemimpin berusia 53 tahun ini.

Bagaimanapun Husin berkata, masih awal untuk membuat pengumuman mengenai perkara itu.

“Kita tunggu dan lihat dulu. Masih terlalu awal, pemilihan masih jauh lama. Lagipun, saya kena berbincang dengan kawan-kawan saya,” kata presiden Kesatuan Kakitangan AM Universiti Malaya ini.

Ahmad Shah, setiausaha agung dua penggal hanya mahu membuat pendiriannya pada 8 Oktober.

“Kita tunggu hasil mesyuarat, saya akan membuat keputusan sebelum saya pergi mengerjakan haji,” kata beliau.

Persidangan perwakilan tiga tahun sekali kali ini dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rabu, 1 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PENJAWAT AWAM KUARTES JPM JALAN COCHRANE BERSAMA PRESIDEN CUEPACS

Media Cuepacs
31/8/2010



KUALA LUMPUR: Perjumpaan Presiden Cuepacs Tuan Haji Omar Osman dengan Penjawat Awam Kuartes JPM dan AJK Penduduk Jalan Cochrane telah diadakan dengan jamuan berbuka puasa serta solat tarawih. Perjumpaan dan dialog ini adalah rintihan masalah semua penjawat awam dikawasan tersebut dikehendaki berpindah sebelum 15 Disember 2010.

Arahan perpindahan ini datang dari Jabatan Perumahan Negara (JPN). Jawatankuasa bertindak telah diketuai oleh Sdr. Bustaman dan beberapa jawatankuasa bertindak. Presiden Cuepacs kecewa kerana tindakan JPN memberi notis terlalu singkat dan tanpa ada apa-apa pampasan. Suatu memorandun akan dihantar kepada Perdana Menteri untuk meminta menangguhkan perpindahan ini. Presiden meminta jika ada yang mengarah dan menyuruh pindah, maklum bahawa kami telah menyerahkan perkara tersebut kepada Cuepacs untuk tindaka selanjutnya kata Tuan Haji Omar Osman.


Presiden Cuepacs tidak menghalang kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut tapi biar lah dilakukan secara bijak sana. kebajikan penjawat awam jalan cochrane hendaklah dijaga katanya. Seramai 150 orang yang hadir mendengar taklimat dan dialog. Turut hadir Puan Lok Yik Pheng (Setiausaha Agung NUTP merangkap Timbalan Setiausaha Agung I Cuepacs), Sdr Ja'apar Mansor (Bendahari Kesatuan Pegawai Kastam merangkap Timbalan Setiausaha Kewangan Cuepacs), Sdr. Hamzah Masri (Presiden Kesatuan JPJ merangkap Penolong Gred Pentadbiran dan Sosial Cuepacs), Sdr. Abdul Rahman Mohd Nordin (Naib Presiden KESUKMA UKM, merangkap pegawai media Cuepacs ) dan Sdr. Mahamad Baharom Naib Presiden PACSU.
_________________________________________________________________