Isnin, 3 November 2014

MESYUARAT JAWATAKUASA CUEPACS BAHAGIAN WPKL BIL 5 (2013 – 2016)

Semua Setiausaha Agung, Kesatuan Gabungan, CUEPACS WPKL
Semua Pengerusi / Setiausaha, CUEPACS Bahagian
Saudara / Saudari
MESYUARAT JAWATAKUASA CUEPACS BAHAGIAN WPKL BIL 5 (2013 – 2016)
 
Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.             Sukacita dimaklumkan bahawa jawatankuasa CUEPACS Bahagian Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat tersebut pada butiran berikut:
                                Tarikh      :  10 November 2014 (Isnin)
                                Masa       :  5.30 petang
                                Tempat    :  Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Wisma CUEPACS
Agenda    : 
1              Ucapan Pengerusi
2              Pengesahan Minit Mesyuarat J/K CUEPACS WPKL
                Bil. 4/( 2013-2016 )
3              Perkara Berbangkit
4              Pembentangan Kewangan
5              Aktiviti CUEPACS WPKL
6              Hal-hal lain
7              Penangguhan Mesyuarat
 
3.             Kehadiran sdr / sdri amatlah diperlukan dan dihargai bagi menjayakan mesyuarat ini.
 
Sekian, terima kasih.
 
“INTERGRITI KUNCI PEMBANGUNAN NEGARA”
“CUEPACS KITA TANGGUNGJAWAB KITA”
 
Yang menjalankan tugas
 
(BOOVANESUWARI A/P SENATHI RAJAH )
Setiausaha CUEPACS
Bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Isnin, 25 Ogos 2014

MAJLIS HARI RAYA CUEPACS WP KUALA LUMPUR 2014

Tarikh    :         22 Ogos 2014 (Jumaat)
Masa     :         8.00 malam
Tempat  :         Dewan Megapuri, Tingkat 30,
                        Menara DBKL
                        Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Raya turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Pengarah-pengarah DBKL, Presiden CUEPACS dan barisan Exconya.

Tetamu-tetamu

1)   YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN ISTERI

 2)  YB DATUK DR LOGA BALA  
       TIM MENTERI

 3)  YBHG DATUK HJH NORMAH MALIK  
       TIM KETUA PENGARAH PENGURUSAN DBKL

 4)  YBHG DATUK ZULKIFLI IBRAHIM  
       TIM KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN SOSIO DAN EKONOMI DBKL

 5)  YBHG DATUK HJ MAHADI CHE NGAH
       TIM KETUA PENGARAH PERANCANGAN DBKL

 6)  YBRS TUAN HAJI WAN GHAZALI BIN NOR  
       PENGARAH JABATAN PENGURUSAN PERUMAHAN DAN PEMBANGUNAN DBKL

 7)  YBRS PROF DR KAMARUDDIN BIN AHMAD
        PENGARAH UNIT MUZIK DBKL.

Kehadiran para tetamu dari Kesatuan-kesatuan yang bergabung dengan CUEPACS  memenuhi Dewan Megapuri DBKL yang dianggarkan seramai 340 orang sambil dihiburkan dengan Combo DBKL.

Majlis juga dihadiri mantan-mantan AJK CUEPACS yang telah bersara.

Sdr. Zakaria Abdullah, Pengerusi ANULAE DBKL selaku Pengerusi Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada CUEPACS WPKL dan AJKnya kerana memberikan kepercayaan kepada  beliau  serta memberikan kerjasama menjayakan majlis tersebut.


Isnin, 18 Ogos 2014

SEMINAR UPSR ANJURAN CUEPACS WPKL

Seminar UPSR 2014 anjuran CUEPACS WPKL yang telah  di adakan pada

Tarikh :16 Ogos 2014
Tempat : Wisma CUEPACS
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Kehadiran : 40 Pelajar

Terima kasih kepada:
Guru-guru Penceramah
AJK terlibat,
Pegawai Pelajaran Che'gu Yahya
SU Cuepacs WPKL Che'gu Bovanis
Pengerusi CUEPACS WPKL Sdr. Ja'apar Mansor

Jumaat, 8 Ogos 2014

JEMPUTAN SEMINAR UPSR 2014: UNTUK ANAK-ANAK AHLI KESATUAN NAUNGAN CUEPACS

Tuan,

Seminar UPSR 2014 anjuran CUEPACS WPKL akan di adakan pada

Tarikh    :16 Ogos 2014
Tempat  : Wisma CUEPACS
Masa      : 8.00 pagi - 5.00 petang

Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan
Pegawai Pelajaran CUEPACS WPKL : 019 642 6615
atau email : livinaya@gmail.com

pada atau sebelum 14 Ogos 2014.

Sekian, teima kasih.

CUEPACS WPKL

Rabu, 2 April 2014

MESYUARAT JAWATAKUASA CUEPACS BAHAGIAN WPKL BIL 3 (2013 – 2016)

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa jawatankuasa CUEPACS Bahagian Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat tersebut pada butiran berikut:
                 2.1           Tarikh      :  11 April 2014 (Jumaat)
                2.2           Masa       :  5.30 petang
                2.3           Tempat    :  Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Wisma CUEPACS
Agenda    : 
01            Ucapan Pengerusi
02            Pengesahan Minit Mesyuarat J/K CUEPACS WPKL
                Bil. 2/( 2013-2016 )
03            Perkara Berbangkit
04            Pembentangan Kewangan
05            Aktiviti CUEPACS WPKL
06            Hal-hal lain
07            Penangguhan Mesyuarat
3.             Kehadiran sdr / sdri amatlah diperlukan dan dihargai bagi menjayakan mesyuarat ini.
Sekian, terima kasih.

Setiausaha
 

Khamis, 13 Februari 2014

CUEPACS Minta Cola dinaikkan





NUSAJAYA 12 Feb. - Kerajaan diminta segera menaikkan elaun termasuk menyelaras Elaun Sara Hidup (Cola) bagi membantu penjawat awam menangani peningkatan kos sara hidup.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, bayaran elaun penjawat awam masih ditakuk lama selepas kali terakhir disemak pada 2001.
"Kita tidak mahu lagi perkara tersebut (elaun) dikaji lagi sebaliknya mahu ia dinaikkan kerana sudah 12 tahun penjawat awam menanti kenaikan elaun tersebut.
"Jumlah elaun seperti rumah, khidmat awam dan Cola yang diterima kini tidak lagi sesuai kerana kos sara hidup kini juga sudah meningkat," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di pejabatnya di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Presiden II CUEPACS merangkap Pengerusi CUEPACS negeri, Mohd. Shaman Jaes.
Azih berkata, pihaknya juga meminta jumlah Cola tersebut diselaraskan kepada RM300 dan turut diberikan kepada penjawat awam yang menetap di kuarters kerajaan.
Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan bersama Khaled, beliau berkata, beberapa perkara telah dibincangkan termasuk penyediaan lebih banyak rumah mampu milik, kemudahan kesihatan yang lebih baik dan pusat penjagaan bagi anak-anak penjawat awam di negeri ini.
"Beliau (Khaled) memberi jaminan bahawa kerajaan negeri kini dalam usaha membina lebih banyak rumah yang harganya mampu dibeli oleh rakyat termasuklah penjawat awam.
"Bukan itu sahaja, beliau turut bersetuju dengan cadangan pembinaan hospital baharu di negeri ini bagi mengatasi kesesakan pesakit sekali gus memberikan keselesaan kepada masyarakat," katanya.

(dari Utusan Malaysia 13.02.2014)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140213/dn_15/CUEPACS-minta-Cola-dinaikkan-selepas-kali-terakhir-disemak-pada-2001#ixzz2tDPXulOV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140213/dn_15/CUEPACS-minta-Cola-dinaikkan-selepas-kali-terakhir-disemak-pada-

Rabu, 15 Januari 2014

MESYUARAT KHAS JAWATAKUASA CUEPACS BAHAGIAN WPKL BIL 3 (2013 – 2016)


Semua Setiausaha Agung
Kesatuan Gabungan
CUEPACS WPKL

Semua Pengerusi / Setiausaha
CUEPACS Bahagian

Saudara / Saudari

MESYUARAT KHAS JAWATAKUASA CUEPACS BAHAGIAN WPKL BIL 3 (2013 – 2016)

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa jawatankuasa CUEPACS Bahagian Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat tersebut pada butiran berikut:
               
                                Tarikh      :  16 Januari 2014 (Khamis)
                                Masa       :  5.30 petang
                                Tempat    :  Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Wisma CUEPACS
Agenda    : 
01            Ucapan Pengerusi
02            Kursus BTN di Kundasang, Sabah
03            Hal-hal lain
04            Penangguhan Mesyuarat
               

3.             Kehadiran sdr / sdri amatlah diperlukan dan dihargai bagi menjayakan mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih.


“INTERGRITI KUNCI PEMBANGUNAN NEGARA”
“CUEPACS KITA TANGGUNGJAWAB KITA”

Yang menjalankan tugas




(BOOVANESUWARI A/P SENATHI RAJAH )
Setiausaha CUEPACS
Bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur