Semua
Pengerusi / Setiausaha, CUEPACS
Bahagian
Saudara
/ Saudari
MESYUARAT JAWATAKUASA CUEPACS BAHAGIAN
WPKL BIL 5 (2013 – 2016)
Adalah
dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa
jawatankuasa CUEPACS Bahagian Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat
tersebut pada butiran berikut:
Tarikh : 10
November 2014 (Isnin)
Masa :
5.30 petang
Tempat :
Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Wisma CUEPACS
Agenda :
1 Ucapan Pengerusi
2 Pengesahan Minit Mesyuarat J/K
CUEPACS WPKL
Bil. 4/( 2013-2016 )
3 Perkara Berbangkit
4 Pembentangan Kewangan
5 Aktiviti CUEPACS WPKL
6 Hal-hal lain
7 Penangguhan Mesyuarat
3. Kehadiran sdr / sdri amatlah
diperlukan dan dihargai bagi menjayakan mesyuarat ini.
Sekian,
terima kasih.
“INTERGRITI
KUNCI PEMBANGUNAN NEGARA”
“CUEPACS
KITA TANGGUNGJAWAB KITA”
Yang
menjalankan tugas
(BOOVANESUWARI
A/P SENATHI RAJAH )
Setiausaha
CUEPACS
Bahagian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3 ulasan:
Penjawat awam sudah kecewa dengan CEUPACS, kepimpinan CEUPACS sekarang ini sangat mengecewakan, lebih teruk dari kepimpinan terdahulu. Jika kepimpinan Datuk Omar Osman, lantang mendesak kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam, kepimpinan sekarang ini pula ibarat lembu dicucuk hidung, lepas dapat naik gred, lepas tu diberikan gelaran datuk, maka lembut leherlah, menjadi lembu dicucuk hidung.
Memalukanlah apa yang telah terjadi sekarang ini di dalam Ceupacs terutama Presiden Ceupacs sendiri, sangat teruk, patutnya letak sahajalah jawatan dan buat pemilihan baharu. Itulah dahulunya kemaruk nak jawatan, dah ada jawatan tak tahu nak buat kerja pula, letak jawatan lagi eloklah kalau macam ni.
Kepada Presiden CEUPACS dan kepimpinan CEUPACS yang lain, sila beri penjelasan kepada semua penjawat awam mengenai status penambahbaikan skim yang sengaja diabaikan oleh JPA sebelum ini itu.
Sebelum ini pihak kerajaan kata dalam bulan Jun 2014, maka boleh selesailah isu ini, tetapi kini dah masuk bulan November, nak hujung tahun dah, nak masuk ke tahun baharu pula, masih tak selesai-selesai, apa cerita ini semua?
Saya menyakini bahawa pihak CEUPACS sendiri tahu bahawa berlaku masalah dalam carta organisasi serta carta arahan tugas kerana ada penyelia yang dah jadi orang bawahan kepada orang yang diselia, apa cerita semua ini?
Ini bukannya soal tamak ke apa ke, yang dipersoalkan adalah peranan dan tanggungjawab serta kesan daripada tunggang langgangnya carta aliran rantaian arahan, itu yang menjadi masalahnya.
Bila ada masalah dalam tugas, maka disalahkan penjawat awam, tapi dasar kerajaan yang bodoh, kerja pihak JPA yang bangang serta kepimpinan CEUPACS yang lembab yang menjadikan semua ini tunggang langgang.
Oleh itu, pimpinan CEUPACS kena beri penjelasan berhubung perkara ini. Seeloknya buat konvensyen untuk penjawat awam meluahkan perasaan dan memberikan pandangan serta cadangan, kalau kepimpinan CEUPACS tak sanggup buat, maka letak jawatan sahajalah, kerana da jawatan pun tak guna, sebab tak tahu buat kerja.
Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via (financialserviceoffer876@gmail.com) whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thanks
Catat Ulasan